Total Pageviews

Sunday, April 27, 2014

Apologi Kepada Laut



Selalunya jika ada karya yang tersiar, hati macam diruntun-runtun mahu ke kedai dan membeli akhbar.

Saya membeli empat naskah akhbar. Bukan mahu baca sangat pun, hanya mahu tengok di ruangan sastera, karya kawan-kawan yang mungkin tersiar.

Rupa-rupanya naluri saya tepat. Apologi Kepada Laut yang secara main-main saya e-melkan pada Khamis lepas ketika dalam kereta, telah diberi peluang untuk terbit di BH. Alhamdulillah. Jabatan Pengajian Melayu IPGKRM telah memberikan saya semangat baharu untuk membuat pusingan U. Kita akan berasa gembira apabila dihargai dan itulah yang berlaku di sini.

Sajak itu saya hasilkan waktu pulang dari Pulau Perhentian. Memang sukar faham jika kita tidak pergi melakukan snorkelling dan melihat sarang clown fish yang berwarna ungu di dasar laut. Juga jika tidak mengalami goncangan ombak yang sangat kuat waktu aktiviti mencandat sotong.

Yang pergi sahaja akan memahaminya.