Total Pageviews

Friday, February 21, 2014

Memburu Epal Hijau

Rehat pada hari Jumaat agak panjang.

Kasihan Adik Faiz sendirian di pejabat. Mesti dia sunyi. Saya mahu mengajak dia mecari epal hijau. Untuk buat jus dan bekalan ke acara Baca Puisi Unggun Api di Kampung Karyawan Malim, Gua Tempurung. Hujung minggu ini kami akan berkhemah di situ. Itu sebab kena beli juga dua sleeping bag.

Harap-harap kereta si adik tidak buat perangai. Dia yang akan memandu. Kalau saya sendiri, memang saya tidak akan pergi.

Sudah setahun saya minum jus epal hijau, kadang-kadang campur daun belalai gajah, kadang-kadang kalau stok daun sudah habis, hanya epal hijau sahaja. Sekarang dalam misi memujuk si adik turut minum jus epal hijau itu sebab kelihatannya dia sudah semakin “membesar”.

Walaupun epal hijau yang masam itu tidak elok untuk para penghafaz al-Quran tetapi khasiatnya banyak juga khususnya untuk pesakit kanser. Antara khasiatnya ialah:

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak tiga gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretik.


Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 gram per 154 gram epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.


Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.


Misi memburu epal hijau akan bermula sebentar lagi.

Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat dan kesembuhan kepada anda dan kami.