Total Pageviews

Tuesday, September 10, 2013

Musim Juang

Hari ini budak-budak Tahun Enam menghadapi peperiksaan UPSR. Awal pagi, saya berdiri di pintu menunggu Si Era, anak jiran sebelah keluar menuju sekolah.

Good luck, kakak. Mesti boleh!” Laung saya dari muka pintu.

Ibunya menghantar dia ke sekolah. Muka ibunya yang risau semacam. Memang begitulah resam mak-mak di mana sahaja, di kota atau di desa.

Saya yang punya anak-anak yang sudah “tua” ini pun masih begitu.

Di negara kita, peperiksaan masih menjadi matlamat akhir. Beberapa kali sudah diubah sistem tetapi mentaliti kita masih ke arah itu. Saya masih ingat, sejak kecil si adik suka bercerita tentang sistem persekolahan di Jepun.

“Ibu tak punya wang banyak. Kalau tidak, pasti ibu hantar adik ke Jepun. Tapi kalau ada rezeki, tidak akan ke mana...” saya selalu memberikannya harapan.

Ada seorang kawan punya anak autisme. Mereka nekad untuk terus menetap di Jepun demi pendidikan anak itu.

“Di sana, anak-anak OKU atau bermasalah memang ada kelas khas. Guru-guru sangat terlatih. Dengan kata lain, OKU ada tempat dalam sistem pendidikan mereka...” itu katanya. Saya tidak tahu betul atau tidak.

Tetapi bukan semua yang di luar itu bagus. Macam tempat kita juga, bukan semua yang ada di sini tidak baik.

Tidak kisahlah belajar di mana, kalau ada peluang, kita ambil. Matlamat dunia akhirat kena seimbang di dacing hidup. Tidak guna hebat konvo dari satu universiti ke satu universiti di negara asing, kalau hidup kita berakhir dengan cara paling hina di mata Allah.

Dan semua itu akan kita tingggalkan juga suatu hari nanti.