Total Pageviews

Tuesday, October 2, 2012

Masa Diam



Ada tiga buah buku sedang menanti.

Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki sedang saya tekuni. Lelaki itu mencatat, "winners are not afraid of losing. But losers are. Failure is part of the process of success. People who avoid failure also avoid success".

Memang tulisan dalam buku yang sangat popular ini kelihatan meletakkan keutamaan terhadap "wang yang bekerja untuk anda". Tapi saya belajar sesuatu iaitu ada perbezaan yang besar antara dua ayat ini.

"Study hard so you can find a good company to work for".

"Study hard so you can find a good company to buy".

Ayat yang pertama itu memang saya sudah mendengarnya sejak kecil. Orang Melayu memang selalunya berminda "play safe". Pergi sekolah, dapat gred bagus dan bekerja dengan kerajaan. Selesai!

Dan saya mengulanginya lagi apabila sudah menjadi ibu, cuma dengan sedikit beza iaitu, "kerja berdasarkan apa yang kamu minat!".

Nampaknya saya kena mengubah persepsi saya terhadap kehidupan dan pelaburan. Juga mengubah sedikit ayat apabila memperkatakan tentang karier anak-anak.

Isi buku ini menyebabkan saya kembali menyelongkar nota-nota kuliah sarjana berkaitan "managerial economics", "marketing management" dan "Finance & Accounting management" yang sudah ingat-ingat lupa.

Saya akan membeli lagi beberapa naskah sebagai hadiah ulang tahun anak-anak dan beberapa anak yang lain. Mudah-mudahan dapat membantu mereka dalam mengenal pasti yang mana satu aset dan liabiliti, dengan pesan "sesuaikan dengan pemikiran agama, jangan tidak-tidak!".

Ada lima puluh lebih lagi halaman yang perlu dihabiskan.

Selepas itu saya akan menekuni naskah Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmizi dan Full Dark No Stars oleh Stephen King.

Minggu ini adalah minggu membaca.

Buku berkaitan pengurusan kewangan, buku mengenal Nabi Muhammad yang tercinta (lelaki tampan dengan sinar wajahnya seperti rembulan) dan sebuah novel tebal dengan gambar serigala di muka depannya.

Jadi, barangkali blog ini akan mengalami masa diam atau "tempoh bertenang".

Sehingga tuannya selesai menamatkan bacaan.

Tanpa gangguan.