Total Pageviews

Wednesday, October 12, 2011

Tuhanku, aku tidak sanggup...

Dalam panas terik matahari, terasa bahangnya seakan membakar otak.

Itu baru di dunia, kata hati.

Tatkala jari terkena bakaran api, pedihnya seakan mengambil seluruh kegembiraan hidup, padahal hanya sedikit kesan berbekas di jari.

Di dunia sana, entah bagaimana.

Benarlah Ya Tuhan, aku tak sanggup ke neraka-Mu meskipun aku sedar aku tak layak untuk ke syurga-Mu!

Dalam kesementaraan hidup, jika difikir-fikirkan entah bila maut menjemput. Dalam kebimbangan-kebimbangan itu, seperti mahu sahaja melupakan tuntutan dunia yang semakin memberat. Sesungguhnya aku lemas diheret dalam kalangan manusia yang mengejar-ngejar habuan dunia, sehinggakan ada kalanya menjadi seperti perlumbaan tanpa mengenal batasan.

Aku tidak kisah jika orang lain mahu mencapai bulan sekali pun, tetapi kadangkala untuk mencapai bulan, ada antaranya yang sanggup memijak orang lain sehingga penyek seperti ayam penyek!

Tidak mengapalah wahai hati, yang penting ialah ketenangan nubari. Jika di ceruk dunia pun, hati tenang dan gembira; bersedialah untuk ke sana. Jika di tempat yang gah di mata manusia pun tapi jenuh mencari gembira; maka lepaskanlah...

Dalam doa yang kudus, kami masih membutuhkan syurga-Mu.