Total Pageviews

Tuesday, October 11, 2011

Perut Buat Hal

Hari kedua di Kuala Lipis, saya kuat makan. Saya pun jadi pelik, mengapa saya jadi seperti itu.

Akhirnya hari ketiga, perut meragam. Food Poisoning. Kalau istilah keluarga saya, "misin" bermaksud saya sudah termakan makanan yang tidak bersih. Proses penyediaan yang kotor atau terlampau lama terdedah dihurung lalat.

Malam itu saya sudah tahu saya "misin". Sebab saya sudah rasa loya, air liur asyik keluar.

Awal subuh, saya ke tandas lama. Dan ini mengesahkan bahawa saya "misin".

Oleh sebab perut sudah dikosongkan, angin pun datang mengambil tempat. Senak perut sepanjang hari. Nasib baik Puan Mariam yang lembut dan penuh pengertian, pensyarah kanan yang datang bersama saya; tinggi perikemanusiaannya. Tengah hari beliau menghantar saya pulang ke hotel. Saya singgah membeli minyak angin, 100 plus dan asam.

Teruk betul rasanya. Lesu kerana asyik ke tandas. Tandas di IPG Tuanku Ampuan Afzan ini pula jaraknya jauh. Di apartment pula, saya asyik keluar masuk tandas.

Selera langsung tumpul. Bau makanan pun sudah loya.

Nampaknya saya kena pulang ke Perak mencari ubat "misin" ini. Daun pokok bekor atau kulitnya dimakan bersama sirih.

Keluarga saya memang begitu. Itu sebab kami sangat awas untuk makan. Tetapi saya pula lupa dan entah apa kenanya, asyik makan. Walhal saya bukannya jenis yang gemar makan.

Akibatnya sehingga saya berkesempatan pulang ke Perak, cuaca badan saya akan terganggu kerana "misin".

Kalau emak merebus daun pokok bekor dan menggosoknya ke badan saya, lendirnya pasti seperti lendir ikan keli.

Pengajarannya, lain kali jangan gelojoh dan makan apa sahaja tanpa mengintai tahap kebersihan premis dan makanan itu.