Total Pageviews

Monday, October 10, 2011

Pertarungan Untuk Menang

Tanda O kilometer...

Kuala Lipis, Pahang.

Pertandingan Debat Ala Parlimen Piala Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia...

Menggunakan sistem baharu yang diguna pakai oleh Majlis Debat Universiti (MADUN) iaitu Sistem Swiss Powermatch, menjanjikan pertarungan yang lebih adil kepada para pendebat.

Yang memberi bengkel itu adalah orang-orang daripada MADUN sendiri. Daripada 27 IPG, hanya tiga yang tidak mengambil bahagian.

Pendebat daripada IPG Kampus Raja Melewar hari ini bertarung tiga kali. Esok juga tiga kali sebelum melayakkan diri untuk masuk ke peringkat suku akhir. Cantik! Pendebat terbaik untuk ketiga-tiga kali itu diungguli pendebat pertama, Syafiq Aiman yang memang sangat berbakat. Yang dua lagi itu pun hebat!

Mudah-mudahan perjalanan jauh dan melelahkan ke daerah ikan patin ini memberikan sesuatu!

Kuala Lipis yang bangunannya tua-tua, hilang warna dan muram; bukan tempat idaman. Sukar mencari yang terindah di sini kecuali ikan patin dan Siti Nurhaliza. Masalahnya, saya tidak langsung meminati kedua-duanya...

Hotel penginapan juga biasa-biasa. Malam-malam saya tidak dapat tidur kerana bunyi burung. Mencari makanan juga satu masalah. Malam, pekannya menjadi pekan mati.

Tetapi di sini ada pertarungan selama lima hari, pertarungan untuk menang.

Seperti perjuangan hidup kita yang sentiasa mahu mencapai objektif kemenangan, begitulah maksud pertarungan-pertarungan itu.

Dalam panas cuaca, menariknya ialah kehijauan yang terpelihara. Sejuk mata memandang, sejuk hati di dalam.