Total Pageviews

Saturday, October 8, 2011

Jaman Ini Jaman Edan

Bapak Ronggowarsito

"Saiki jamane jaman edan..." begitu ungkapan syair popular pujangga besar zaman kraton surakarta, Bapak Ronggowarsito.

Saya selalu ingat ungkapan itu kerana satu ketika dahulu Brother Anwar selalu menyebut dalam ucapannya, "jaman ini jaman edan..." kalau mahu merujuk kepada kegilaan masyarakat dan kebejatan politik.

Jenuh juga mencari maknanya kerana saya bukan Jawa, saya berketurunan Pattani.

Tetapi memang semakin hampir kita kepada kiamat, semakin gila masyarakat kita. Dengan peraturan yang macam-macam, dengan karenah yang macam-macam juga. Jika dahulu kita tidak pernah mendengar, ada bapa yang sanggup meliwat bayi lelakinya yang baru berusia 23 hari; sekarang berita-berita seperti itu seakan sudah biasa. Jika dahulu mempamerkan aurat itu taboo tetapi sekarang satu kebanggaan; malahan ada pesta-pestaan tanpa seurat benang.

Perkahwinan sesama jantina? Siap ada persatuan lagi, malahan menjalar-jalar pula ke negara "Islam" Malaysia. Ada NGO yang terselit nama Islam turut mempamerkan sikap liberalnya meminta supaya dibenarkan golongan gay dan lesbian itu bergerak dalam persatuan.

Malahan ada yang sangup meninggalkan Islam, meninggalkan negara ini hanya kerana mahu berkahwin dengan lelaki juga di negara Barat. Akhirnya? Kena tinggal juga. Bukankah Allah sudah melarang, kenapa masih berdegil?

Masya Allah, Tuhan selamatkan negaraku!

Bunuh-membunuh juga sudah jadi biasa-biasa. Bukan setakat ketuk kepala, tapi siap dibom! Hancur berkecai kerana letupan. Anak menyembelih bapa, bapa menyembelih anak; malahan ibu juga sanggup membuang anaknya ke laut kerana bimbang ditangkap pihak imigresen!

Aduh pak, memang bener ya. Jaman ini jaman edan!

Duit sudah menjadi sembahan. Beri duit dan kamu akan dapat apa sahaja. Orang mengukur kemuliaan dengan kereta besar, rumah agam, wang yang melimpah, pangkat dan darjat. Kalau setakat pakai kereta berjenama nasional, pakaian buatan lokal, rumah pun kecil amat, gaji setakat cukup makan; kamu tidak punya tempat di hati manusia lain.

Oleh sebab itu ada orang jadi ikut-ikutan. Supaya manusia lain memandang, maka sanggup berhutang banyak untuk memiliki semua yang besar-besar dan mewah. Bercutinya enggan ke Langkawi atau Tioman; tetapi sanggup berhutang untuk ke Gold Coast!

Bukankah itu satu kegilaan?

Seperti yang disebut lagi oleh bapak pujangga,

“sak bejo bejo ne wong kang edan..isih bejo wong kang eling lan waspada”  

Ertinya janganlah ikut menjadi orang gila….kerana orang yang ingat dan waspada lebih baik dan lebih beruntung pada akhirnya.

(Ya ampun, ngomong jowo pulak aku ini? Kalau suamiku terbaca, pasti dia akan bilang berkali-kali, "curiga curiga!" maklumlah sejak bertemu semula dengan rakan akrab saat kuliah sarjana belasan tahun dahulu, sudah pandai ngomong jawa. Rakanku itu, merangkap "chef"  Kohort 7 MSc management UUM, Puan Tumerah Rosmin, anak Jawa asli)