Total Pageviews

Tuesday, October 4, 2011

ISO...apa itu?

Pagi ini saya diaudit oleh pasukan audit dari IPG selatan tanah air.

Saya mendoakan agar auditor itu tidak melihat profil saya dengan teliti. Biarlah dia terus menganggap saya memang dari dahulu hingga sekarang hanya bertugas di sekolah dan tidak pernah mengenali apa itu ISO.

Alhamdulillah!

Cuma akhirnya selesai diaudit, seorang daripada auditor baru perasan yang saya mengajar di kolej dan terlibat dalam pendokumentasian prosedur. Dia kenal-kenal begitu dengan saya. Tapi saya cepat memberi isyarat supaya dia senyap. Sebab tadi semasa diaudit, saya buat muka tolol dan berbelas kasihan apabila menjawab soalan mengapa perlunya pelaksanaan ISO hahahaha...

Betullah tu, saya memang tidak pandai pun. Mana saya mahir dengan prosedur di sini. Itu pun mengharapkan belas ihsan kawan-kawan jabatan yang sangat membantu. Saya beritahu auditor, kawan-kawan saya di jabatan banyak sekali tolong saya, kadang-kadang dalam bentuk yang tidak pernah saya terfikir pun.

Apabila melihat profil bahawa saya dari jabatan penulisan kreatif dan deskriptif, auditor mula bercerita tentang sastera. Rupa-rupanya dia penulis, ketua satu persatuan penulis di Johor. Dia memberikan nombor telefon dan memesan berkali-kali supaya saya menghubunginya nanti. Wah, kalau radio saya yakni suami yang dikasihi mendengar itu, dia akan berkata "curiga, curiga!"

Seronok diaudit sebab saya banyak belajar prosedur di sini. Runner (Pak Tam) yang lucu sangat membantu (sebenarnya melihat Pak Tam, mengingatkan saya pada bapa saudara saya yang membuka perniagaan restoran di Kuala Lumpur, lama sudah tidak ketemu dengan pamanku itu...)