Total Pageviews

Friday, September 2, 2011

Merdekakah Kita?

Dua pahlawan kecil

Penat menunggu iftar
Merdeka Raya...

Entah mengapa saya tidak gemar dengan istilah ini.

Hari raya itu hari kemenangan. Hari merdeka juga hari kemenangan. Tapi darjatnya sangat jauh.

Itu pandangan saya. Pandangan peribadi yang barangkali tidak begitu nasionalis.

Sama seperti istilah Kongsi Raya. Saya tidak suka!

Tapi seperti emak yang tidak pernah lupa memasang bendera saban tahun demi meraikan hari merdeka, saya juga menyintai Malaysia.

Tetapi saya kurang gemar cara orang kita sambut merdeka. Sebab mesti ada konsert yang isinya tidak melambangkan jiwa yang merdeka.Apa salahnya dibuat solat hajat besar-besaran di stadium? Seperti di Kelantan? Mohon Malaysia terus merdeka dan sejahtera. Daripada terkinja-kinja menunggu detik 12 malam...

Awal pagi 31 Ogos tadi, saya menonton rancangan pagi di sebuah stesen TV. Ada wawancara dengan beberapa individu, artis baharu barangkali. Apabila ditanyakan tentang makna merdeka, bersemangat sekali mereka menjawab tetapi dalam bahasa penjajah. Malah, paling melukakan hati, apabila menjawab dalam bahasa Melayu, tergagap-gagap, malahan penuh dengan slanga yang begitu keinggerisan!

Itulah spesis "androphile" seperti yang disebut oleh seorang rakan sejabatan saya tatkala membentangkan Ulasan Jurnal Ramadan lalu.

Apapun, merdekakanlah diri kita daripada segala bentuk penjajahan...