Total Pageviews

Sunday, September 4, 2011

Beckham Pulang Beraya

Beckham yang sudah dewasa
 Raya kelima, Beckham balik beraya. Sebelum itu dia beraya di Subang.

Macam biasa, dia melompat ke dalam pelukan dan mulutnya kumat-kamit "mengadu". Beckham sudah besar. Walaupun berpisah lama, dia masih mengenali kami. Masih menyorok takut kalau ternampak emak.

Rupa-rupanya Beckham pandai menyelam. Habislah kolam ikan emak diselamnya, pening-pening ikan talapia emak agaknya. Oleh sebab badan sudah agak berlumpur, kakak membawanya ke sungai kecil di sisi rumah emak untuk mandi. Sekali lagi dia menyelam dan berenang.

Waktu petang, dia meragam-ragam. Mengingatkan semula tabiatnya itu, saya tahu dia mahu tidur petang. Dia lena di ribaan. Akhirnya saya pun terlena juga.

Kenyanglah Beckham dijamu dengan kuih kesukaannya iaitu bahulu dan cempedak goreng.

Petang, kami menghantar Beckham pulang. Sebelum itu singgah dulu di kedai untuk membeli gula-gula Cloud 9 kegemarannya.

Gembira bertemu Beckham di hari raya.