Total Pageviews

Monday, September 26, 2011

Keliru...



Sepanjang pagi ini saya keliru.

Keliru yang sangat keliru. Tidak ada yang tidak keliru melainkan keliru belaka.

Rupa-rupanya dalam usia ini, barulah saya tahu kebaikan British ke atas Tanah Melayu. Mereka yakni penjajah...eh, bukan! Penaung British itu hanya mengambil alih urusan pentadbiran, mereka langsung tidak menyentuh hak keistimewaan raja-raja Melayu.

Begitu rupa-rupanya.

Mengikut profesor yang saya terpaksa dengar taklimatnya selama separuh hari ini, British sangat baik dan bijaksana. Kumpulan perisik (SB) negara kita hebat kerana dilatih oleh negara tersebut yang terkenal dengan kecekapan perisikannya.

Kemudian, slot kedua pula menceritakan tentang golongan Khawarij moden oleh seorang "ustaz". Pengetahuan baharu untuk saya kerana ustaz tersebut dengan jelas menyebut ciri-ciri golongan itu dan menyamakannya dengan kumpulan/parti politik sedia ada di negara kita.

Tapi...

Saya jadi pening kepala dan biul seketika.

Bertambah biul apabila melihat kertas saman parkir di atas cermin kereta saya kerana syiling yang saya masukkan sudah habis di mesin parkir itu.

Saya sampai tidak makan tengah hari, perut bernyanyi-nyanyi lagu Aishiteru kerana diserang kebiulan itu!

Rasa mahu demam semula pun ada...