Total Pageviews

Thursday, December 5, 2019

Sajak Untuk Kayyisa Menang Lagi

14 November 2019 di Allson Klana Resort Anugerah Sastera dan Media NS 2019 oleh MB NS

Saya sudah di Ipoh. Saya melapor diri sebulan lewat iaitu pada 23 Oktober 2019. IPG Ipoh pengurusannya sangat bertimbang rasa. Mereka membenarkan saya melakukan penangguhan selama sebulan meskipun pihak IPGM (Dr Masri, pegawai yang menguruskan pertukaran) dan mantan Timbalan Pengarah IPG lama saya mendakwa Ipoh telah melakukan kesalahan. Itu bezanya insan dan orang, bukan?

Ketika surat sampai, saya macam enggan pergi. NS satu-satunya negeri yang merahsiakan pemenangnya sehinggalah diumumkan di dalam dewan! Sesuatu yang pelik dan luar biasa. Selalunya jika saya menang sama ada di peringkat hadiah tertinggi negara atau negeri, pihak urus setua akan menelefon atau menghubungi dengan surat/E-mel dengan ayat di bawahnya...mohon puan rahsiakan kemenangan sebab ini sulit.

Saya sudah lama menetap di NS, sudah 19 tahun. Sebahagian besar kegiatan sastera dan seni saya berkisar di NS dan Wilayah Persekutuan. Sudah tentu saya sayangkan negeri kelahiran saya apa lagi lembah saya bersekolah rendah dahulu. Tetapi bagaimana saya mahu melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya jika saya berada jauh di Perak? Kasihan pegawai DBP yang terpaksa turun ke Ipoh menghantar tugasan yang diamanahkan di bahu saya.

Ketika nama saya diumumkan sebagai pemenang puisi eceran terbaik, ada seseorang yang saya kenang. Gadis kecil itu. Kayyisa, sajak apah tulis buat kamu telah menang kali ini. Mari Kuajar Kamu Menulis Puisi. Apah sangat gembira, cucuku. Mujur sekali apah menang sebab esoknya 15 November, apah perlu biaya untuk menghantar Pak Long Iskandar menjalani latihan sebagai perajurit negara. Apah mengambil cuti 14 November sebagai cuti urusan rasmi, 15 November cuti rehat khas. Kemudian pada 18 November apah mengambil cuti rehat khas juga kerana pada keesokan harinya apah dijemput ke Multaqa Ulama Asia Tenggara di Movenpick Hotel TH Convention Centre. Apah dijemput oleh YADIM sebagai seorang penulis majalah Dakwah terbitan YADIM.