Total Pageviews

Tuesday, March 4, 2014

Ibu Bulat

Pernah dahulu waktu menjadi pensyarah di sebuah kolej, badan saya agak berisi iaitu sekitar 69 kilogram. Berat itu tidak sesuai dengan ketinggian. Barangkali lebih sebelas kilo daripada yang sepatutnya.

Anak-anak saya sangat nakal.

Suatu hari mereka meminjam pen-drive saya untuk menyalin sesuatu. Kemudian benda itu saya bawa ke dewan kuliah. Memasang pen-drive tersebut di komputer yang terdapat di situ.

Tiba-tiba satu dewan ketawa. Saya terpinga-pinga. Rupa-rupanya pen-drive saya itu telah diubah namanya menjadi “Ibu Setempek Bulat”.

Balik ke rumah, saya mencari siapa yang punya angkara. Dua-duanya nakal dan mereka mempunyai kesepakatan yang bagus kalau mahu mengenakan saya!

Habis semua pen-drive saya diubah nama. Ada yang “Ibu Bulat” “Ibu Katik” dan sebagainya.

Dan sekarang saya sudah berada dalam berat yang ideal sedikit. Mereka tidak boleh lagi mengusik-usik tentang “bulat” walaupun masih “pendek”. Tapi idea nakal itu tetap ada. Mereka sudah ada nama baharu!

Kita kena awas selalu jika ada anak yang mewarisi minda nakal daripada kita ibu bapanya!