Total Pageviews

Sunday, February 26, 2012

Kita Jaga Allah, Allah Akan Jaga Kita


Esok, saya akan "melancong" lagi. Kali ini ke "hotel" yang agak jauh dan lebih murah harganya.

Entah bagaimana situasinya esok. Bolehkah saya solat dengan selesa? Layanannya bagaimana? Kesemua persoalan itu menerjah minda saya.

Hanya dua kali saya pernah menginap di "hotel" atas jenama serupa di Kuala Lumpur. Sekali pada hujung Disember 1990 dan sekali lagi pada pertengahan 1992.

Hujung 2011 memang saya ada "check-in" ke hotel berbayar tetapi tidak menginap. Layanan petugas memang menyebabkan minda saya sembuh dengan cepat.

Siri memujuk hati pun bermula.

Kalau kita jaga Allah, maka Allah akan menjaga kita.

"Hotel" mahal atau murah, jauh atau dekat, kalau kita jaga Allah maka Dia akan menjaga kita.

Tarikh "pelancongan" saya yang dipercepat menyebabkan keadaan agak kelam-kabut.

Jelas, hanya Allah yang akan jaga saya sepanjang waktu itu.

Maka saya akan cuba sedaya upaya menjaga solat meskipun barangkali ada waktunya, hanya mampu baring menghormati waktu.

Moga segalanya akan dipermudahkan.

Kalau kita jaga Allah, Allah akan menjaga kita.