Total Pageviews

Sunday, October 2, 2011

Suara Dari Laut

Telah begitu lama tidak menulis puisi kecuali puisi-puisi islami dan satira yang disiarkan di akhbar-akhbar kecil. Lama juga diserang "malas" untuk mengirim puisi ke akhbar utama. Barangkali sudah hilang muzik bahasa saya, sudah sirna juga lenggang-lengguk lirik katanya.
 

Telah kita singgah di pelabuhan demi pelabuhan
dengan mata terbuka dan sarat pengalaman
sesekali menoleh seperti ada seruling yang mendendang lagu rindu
memugar rasa dengan iramanya menakluk angkasa biru

kita adalah pelaut yang telah biasa dilambung gelora
menepis angin kuat menentang amarah ombak
menadah hangat matahari memeluk dingin hujan
segalanya adalah atas nama sebuah perjuangan
kita perlu siap siaga dari silara ke akarnya
kerana pelayaran pasti akan terhenti menuju pelabuhan abadi

Laut dan ombak adalah citra hidup
mengajar makna sukar mengirim semilir cinta

-ibubungamatahari, ahad 4 Zulkaedah 1432 Hijrah-