Total Pageviews

Thursday, September 22, 2011

Hujan Pun Teduh

Apabila hujan teduh
 "Jumpa ustaz Darus-syifa'. Pulihkan semangat semula..." cadang Dr. K petang itu.

Ya, saya rasa terkesan dengan saranan itu, saya pun sedang berfikir-fikir hal yang sama sejak beberapa hari ini. Sebab saya rasa pelik...

Sedangkan saya hidup dengan lelaki paling riang ria di dunia. Di pejabat juga, saya dikelilingi oleh mereka yang kelakar dan riang ria juga. Adakah kerana saya terlalu susah hati memikirkan sesuatu?

Anak-anak saudara yang selalu menjadi bahan usikan saya saat cuti lebaran pun komplen juga. Makyang sudah jadi macam "RTM", membosankan!

"Kak mesti hilang semangat. Selalunya kak yang motivate orang sampai orang yang jatuh pun dapat bangun semula. Cheer up kak. Kak orang baik-baik, mesti Allah tolong..." saya terima sms itu daripada N,  guru muda yang selalu menyalin lagu-lagu baharu untuk saya nyanyikan di makmal komputernya (terpaksalah saya mendengar dan berlatih supaya saya dapat menyanyi dan merakam untuk dia).

Ya, sekarang saya yang jatuh dan jatuh. Maka saya kena bangun berdiri semula. Bukannya dahulu-dahulu, saya tidak pernah jatuh, malahan kerap dan terguling-guling ke gaung pula. Tapi saya gagahkan diri, bangun dan berjuang sendirian menempuh hidup sukar. Allah selalu membantu saya jika saya lakukan sedikit usaha.

Sekarang ini pun saya yakin Dia sentiasa bersedia untuk membantu saya!

Hujan yang telah teduh di luar, masih menyembunyikan merah matahari. Tapi saya tahu matahari tetap ada...