Total Pageviews

Sunday, March 5, 2017

Perasmian Kampung Karyawan Malim & Daun Hayat Pun Gugur





Saya lalu di Exit Gopeng sekitar jam 12 tengah malam. Kak Rosmiaty Shaari menelefon. Saya kata saya tidak jadi masuk ke kawasan hutan itu sebab sudah melewati tengah malam. Saya terus memandu ke kampung dan bertekad untuk kembali ke KKM awal pagi.

Saya tidak tahu mengapa saya sedikit tiada mood. Barangkali sebab saya sudah ada niat mahu mengundur diri daripada terlibat dengan program sastera. Bukan mengundur diri menulis dan berkarya. Saya rasa sedikit kesal sebab tahun ini saya agak slow. Sehingga tarikh 5 Mac, saya hanya ada dua antologi, satu buku akademik dan satu sajak tersiar di media dan terbit.

Sebenarnya saya kurang selesa dengan overdose & topeng2an atau aliran acara yang tersasar daripada tujuan.

Mengenangkan Dr Malim Ghozali Pk yang baik hati dan Kak Ros yang menanti, sahabat-sahabat yang bagus, saya pergi juga. Saya tidak bermalam. Bukan tiada penginapan tetapi seperti yang saya katakan, kadang2 kita perlu akur dengan prinsip.

KKM yang sangat harmonis alamnya memang mendamaikan. Saya menitipkan buku saya untuk sahabat saya DS Pah melalui suaminya. Menurut MB, DS Pah berada di Afrika Selatan untuk sesi lawatan.

Daun Hayat Pun Gugur terbit di MM Ahad 5 Mac 2017. Saya tidak mengharapkan sajak itu yang terbit. Saya lebih mengharapkan sajak lain. Tapi mungkin sebab dalam minggu sebelumnya ada tiga orang selebiriti yang meninggal dunia, maka kemungkinan sebab itulah sajak itu terbit.

Perak memang bumi bertuah sebab pemimpin tertingginya peminat sastera.

Mujur begitu. Maka KKM pun menjadi satu wilayah seni satu-satunya di tanah air tercinta ini.

Tahniah Pak Malim. Tahniah Perak.

Thursday, March 2, 2017

Melayu melayu

Apabila kita pergi berjumpa bomoh/dukun untuk berubat, biasanya perawat akan beritahu yang kita kena sihir. Kita pun bertanya, siapa dan kenapa? Dukun/bomoh pun memaklumkan yg sihir kita itu si anu, atau ciri2nya begitu begini. Tujuannya supaya pecah belah keluarga atau sebab si anu tu cintakan kita. Kita pun percaya amat.

Kdg2 sampai nampak muka si anu tu dalam mangkuk putih...😸. Macam mana boleh nampak? Jangan tanya saya. Tanya iblis yang jadi kawan/pesuruh pak dukun.

Apa jadi selepas itu? Kita pun mahu balas kepada si anu itu supaya sengsara juga. Dukun pun kata ok. Maka sihir pun berlaku. Si anu sakit menderita, sukar solat, sukar mencari nafkah, sukar semuanya.

Jika ada dalam kalangan keluarga yg menegur, maka dituduhlah begini..."kuatnya ilmu org tu. Habis keluarga berantakan sebab dia". Atau akan keluar ayat, " kita berubat dengan ustaz".

Ustaz yang betul tidak akan sebut si anu yg sihir. Tidak menyihir orang lain. Tidak menuduh2.

Implikasinya apa? Dosa. Ya, kita telah menyembah bomoh, membangunkan fitnah drp tidurnya, melebarkan sayap ilmu sihir, merosakkan hidup insan lain, dosa sebab kita, dia tidak dapat solat, sebab kita, anak isteri atau org tuanya lapar.

Yang paling teruk masa kita nak mati. Macam mana nak minta ampun? Bukan seorang tetapi beberapa orang yang telah kita tuduh sebelum si anu ini lagi. Kononnya orang2 ini gilakan kita, mahu rumahtangga kita musnah, mahu keluarga berantakan.

Yg buat berantakan bukan org, tapi hati kita yg busuk dan berprasangka buruk. Melayu mcm mana nak maju? Asyik bersihir2 kerjanya. Sekolah tinggi tapi bodoh dan angkuh!

Bangsa lain berlumba-lumba mengejar kemajuan. Tetapi kita masih lagi di takuk lama.

Saya ada melihat sendiri bagaimana orang yg begini di Mekah semasa mengerjakan haji tempoh hari. Dua bulan jadi tidak keruan sebaik sahaja memijak bumi Mekah. Itu menjadi nasihat/peringatan kpd kita. Jgn melampaui batas, jgn mencabar kuasa Allah.

Jgn ingat bomoh/dukun itu tahu segala. Jika dulu kita berbuat silap, mohon keampunan kpd Allah. Berdosa kita mempengaruhi orang ramai dan kaum keluarga memusuhi org yg kita tuduh. Mengakulah bahawa dulu kita tolol, kita hanya fikir mahu cepat sembuh. Jadi kita akan pergi ke mana sahaja yang orang syorkan untuk berubat.

Kalau bomoh tu pandai sangat, dia boleh buat bisnes menilik soalan SPM.

Jgn nampak vogue tapi gila bomoh. Kemudian bila diajak ke masjid bertemu imam dan jemaah, tidak berani pula, bimbang jadi apa2. Iblis saja yg takut dgn masjid.

Pergilah ke Darusyifa atau ustaz yg betul.