Total Pageviews

Thursday, April 21, 2016

Saya sibuk sedikit, maafkan saya

Saya sibuk sedikit kebelakangan ini.

Minggu lepas, saya dijemput memberi ceramah berkaitan penulisan kreatif kepada sekumpulan tiga puluh orang pensyarah (sebenarnya dua puluh delapan sahaja) di Bangi. Hari pertama ceramah agak lewat sebab semua orang mencari lokasi dan diadakan pula di aras tiga, tanpa mikrofon. Hari kedua saya mohon izin ke HUKM untuk rutin biasa. Hari ketiga itu pembentangan dan ulasan. Bagus peserta yang ikut ceramah terutama seorang pensyarah dari Jabatan Sains, tidak silap saya.

Ada pengumuman juga, kumpulan puisi saya sudah terbit dengan rasminya dan akan dipamerkan di reruai UUM Press dalam PBAKL.

Kemudian pada 2 mei jam 3 petang, saya bersama Imlan Adabi akan "bersiaran" di reruai ITBM di MAEPS dalam acara Sesi Bersama Penulis.

Sekarang, saya sudah menyiapkan bab-bab untuk sebuah buku akademik. Sebuah lagi dalam proses penulisan.

Saya berasa minda saya bercabang-cabang. Merata-rata saya merayau. Saya merayau ke kampung nan jauh, "melihat" mak. Saya merayau ke Rinching, "melihat" si sulung.

Baru-baru ini saya, suami dan si bongsu menonton Teater Atas Pokok di pohon angsana taman tasik Shah Alam buah tangan Dinsman. Nantilah saya ceritakan apabila saya punya waktu yang bagus.

No comments: