Total Pageviews

Monday, November 26, 2018

Sudahlah!

Yang putih yang hitam
Semua dari Adam
Mengapa berperang
Kita darinya seorang
Yang putih yang hitam
Dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan...

Lagu ini saya tujukan kepada si kalah yang melancarkan perang saraf dan provokasi, juga kepada si menang yang cepat melatah dengan mainan provokasi dan lupa asal usul diri.

Selepas peristiwa 1998, saya pernah tidak menyukai Dr M sehingga membawa saya menjadi ahli PKR sebuah cabang di Perak serta pernah satu ketika dulu menyokong kuat kepimpinan PAS (Baca: semasa TGNA masih hidup). Tetapi apabila Dr M kembali ke arena untuk menutup segala lubang hutang, lalu berlaku juga pembebasan DSAI...saya lihat kesungguhan beliau, TPM dan beberapa menteri yang sungguh2 berusaha mengembalikan maruah serta memulihkan ekonomi negara.

Sepatutnya demikianlah menteri2 lain. Fokus kepada niat asal kemenangan. Jangan peduli jika ada kumpulan perang saraf ini yang kembali memuatnaik video lama yang menyebabkan ramai orang sakit jantung dan diserang darah tinggi. Memang isu perkauman racun paling cepat mematikan usaha perpaduan. Para pendidik di sekolah KEBANGSAAN penat2 menyuburkan semangat kekitaan dalam kalangan murid, dengan mudah pula digagalkan oleh ahli politik gelojoh sama ada dari pihak yang enggan mengaku bahawa mereka ditolak rakyat kerana teladan buruk atau ahli politik dari pihak yang menang yang perasan bahawa dengan kemenangan itu mereka konon boleh sesuka hati menuntut itu ini.

Saya ramai kawan pelbagai kaum. Pelajar-pelajar saya pun begitu. India yang mengarut menyebabkan India yang lain dipandang teruk. Cina yang menipu menyebabkan Cina lain diluku. Melayu lagi parah, bukan setakat Melayu lain dipandang rendah, agama anutan si Melayu turut tersimbah.

Saya bukan patriotik sangat pun tetapi naik meluat dengan permainan politikus yang suka sangat menuntut macam-macam. Apa2 pun, maaf kepada yang jemput saya masuk dalam grup penyokong U**O Bangkit etc. Saya bukan suka kuih2 bangkit ini. Elergik!

Sudahlah! Pergi cuci bontot dan tapak kaki kucing lapan ekor lagi bagus daripada masuk grup macam itu. Murung pagiku dibuatnya!

No comments: