Total Pageviews

Friday, November 11, 2016

Tunggu



Akhirnya pada saat-saat akhir (setelah ada program tertangguh), sebab kasihan, temani juga suami ke Pulai Spring Resort JB. Dia dijemput bagi ceramah. Lalu saya pun duduk baca komik When I Was A Kid volume 4 kemudian menyelak2 Rich Dad Poor Dad, Kiyosaki R.T. Sambil tengok orang berenang. Sambil fikir agaknya orang2 berduit, tak kisah berhabis untuk berenang dalam kolam yang penuh air kencing manusia hahaha.

Bosannya tahap dewa.

Entah kenapa setiap kali saya bosan, tajuk drama pentas ini akan terkeluar di minda. Waiting For Godot. Saya jumpa rencana tentang WFG ini dalam DS tahun 1970-an. Sudah lupa isi cerita, saya selak internet. Lihat di Wikipedia.

Perut sangat lapar. Ada sarapan tapi saya macam was2. Jadi minum sedikit dan makan sehelai dua bihun goreng. Mahu keluar malas pula. Kawasan ini luas. Matahari sudah keluar, saya masuk ke lobi. Duduk tepi kolam air pancut yg bermalas2 pancutannya. Ada satu dua percikan tercampak ke muka. Kalau saya ada pilihan, saya suka duduk tepi sungai. Naik atas dahan pokok dan terjun, daripada mandi di kolam yang ada kencing manusia hihihi.

Menunggu menyebabkan jam di tangan menjadi sangat berharga. Jam ini hadiah daripada pelajar2 PPG saya. Mereka berkongsi beli jam. Kalau harapkan saya, saya beli jam tangan harga 30 ringgit sahaja, janji jarumnya bergerak. Apa saya peduli dgn jam atau beg tangan yg murah. Mati esok2, tinggal semua jam yg bersalut emas berkarat2.

Itu kata2 hebat daripada orang yang tidak mampu...hoho (cerita poket kosong hujung bulan).

No comments: