Total Pageviews

Tuesday, November 4, 2014

Menipu Kereta

Manusia memang aneh. Kadangkala lebih aneh daripada pohon pisang yang berbuah dua kali atau pokok kelapa yang tandannya bermuka raksasa.

“Hari ini saya telah berjaya menipu kereta” kata saya bangga.

Suami berpaling, tidak bertanya tetapi daripada riak wajah saya tahu saya kena menjawab soalan yang diam di benak.

“Saya pasangkan tali pinggang keledar siap-siap ke belakang. Jadi, saya memandu dan dia tidak berbunyi bising...”

Suami melihat saya dengan mata yang dibanjiri lucu. Saya tahu apa yang akan dia kata.

“Sistem itu dibina untuk memastikan keselamatan pemandu. Itu sebab dia berbunyi. Kita pula yang buat dia tidak berbunyi. Orang macam ini pun ada! hahahaha...”

Sah, tepat agakan saya akan jawapannya. Pendek kata, soalan bocor bukan sahaja dalam peperiksaan awam di negara kita, bahkan juga dalam hal-hal harian di rumah.

Kereta itu memang sangat bising. Kuat berleter daripada si Adudu. Kalau saya membasuh menggunakan basuhan mesin auto, lagilah bingit. Memanjang sahaja dia berbunyi. Apa lagi kalau ada kereta atau motosikal, hatta orang berjalan di sisi...berleter sahaja kerjanya.

Jadi, saya membuat keputusan untuk menipunya! Sama macam kita beli tiket bas tetapi tidak naik bas tersebut! Sebenarnya siapa yang "tertipu" oleh ketololan sendiri?

Hihihi...orang macam ini pun ada!

No comments: