Total Pageviews

Thursday, October 2, 2014

Timahlah Pulak!



Minggu-minggu yang agak sibuk dan meletihkan. Syukur ada kawan-kawan dan jiran yang sangat berbudi.

Alhamdulillah, Khamis semalam saya sudah dapat kereta baharu. Warna merah untuk menyukakan hati mak yang sangat gemarkan warna itu. Proses yang sangat cepat. Jurujual yang bagus memberikan perkhidmatan terbagus. Petang Jumaat booking, petang itu juga bank menghubungi dan Isnin menandatangani dokumen. Tidak sampai seminggu sudah dapat kereta. Prejudis saya terhadap produk dan perkhidmatan lokal, terus hilang.

Adik Faiz yang naik kereta menyebut, "senyap enjinnya..."

Memanglah dik, benda baharu. Macam kita baru-baru kahwin dulu, cakap pun berbisik-bisik. Cuba sekarang, sebatu pun boleh dengar!

Itu kereta si Baby. Jadi, balik dan masukkan dia dalam kereta. Nampaknya dia kurang setuju dengan bau baharu. Nampak stres dan kelam kabut. Malam, kami bawa dia lagi sekali berkeliling bandar.

Bekas pasir berwarna merah dan kandangnya suami masukkan siap-siap dalam kereta.

"Kena bawa kandang kalau jadi balik kampung. Nanti dia hilang atau kena usik dengan kucing jantan berpenyakit..."

Kadang-kadang lucu juga dengan suami dan anak-anak. Mereka komplen saya memberikan banyak perhatian kepada anak kucing itu. Ada yang mahu cekik, ada yang mahu culik. Tetapi ironinya mereka yang asyik membeli barang-barang keperluan si Baby, malahan ketika dia kurang sihat, suami menelefon, "balik tengah hari tak tengok Baby? Abang risau ni. Nanti abang cuba balik awal dan bawa ke klinik".

Oleh sebab saya sudah lega kerana ada kereta (belum bernama), saya pesan suami supaya jaga si Adudu baik-baik.

"Adudu? Abang sudah tukar nama lain..."

Hah!

"Timah..."

Timah? Geram betul. Jangan-jangan itu nama awek lama...hahahaha...

Timah pun Timahlah. Bagus juga nama itu. Nampak sangat lokal dan bersopan-santun.

No comments: