Total Pageviews

Thursday, July 10, 2014

Klinik



Dari Balai Islam, saya bergegas balik sebab suami menelefon, "siap-siaplah. Abang sudah sampai di Nilai".

Saya melihat jam menunjukkan pukul 5.20 petang. Saya menghubungi Dr Iza menanyakan waktu kliniknya ditutup sepanjang Ramadan ini.

"Jam enam, puan. Biasanya jam tujuh. Tapi kami akan tunggu sampai enam setengah..."

Saya masukkan si Bibiyanalayola dalam bakul. Duduk dalam kereta dan menunggu suami sampai. Jam 5.50 dia tiba. Kami menuju ke klinik yang turut menempatkan hotel untuk kucing.

"Cantik" itu reaksi pertama doktor muda dan pembantunya. Doktor bertanyakan mengenai pemakanan dan keaktifan bayi kucing itu.

"Sangat aktif," kata saya. Kata doktor, dia baka kacukan Parsi dan Benggal. Itu sebab aktif. Kalau kucing baka Parsi atau kucing "bodoh", tidaklah seaktif itu.

Si Baby dicuci telinga, disuntik dengan dua suntikan. Satu untuk vaksin ketahanan badan dan satu lagi untuk elakkan kutu. Dia juga diberikan ubat cacing. Kami membeli vitamin juga. Jumaat ini buat temu janji untuk grooming.

Balik ke rumah, dia merajuk. Duduk sahaja dalam bakul.Tapi malam ini dia sudah mula memicit-micit suami.

Baguslah. Mereka sudah berdamai.

No comments: