Total Pageviews

Monday, June 9, 2014

Serangan El- Niño (budak lelaki)

Memang begitulah takdirnya kami bertemu.

Dua kali saya menunggu teksi dan dua kali saya berkongsi teksi bersamanya.

Khamis lalu dan Isnin, selang empat hari saya berdatangan ke HUKM. Khamis ke Klinik Surgeri dan Isnin ke Onkologi.

Di stesen BTS, auntie ini ramah berbual. Dia sudah pencen tetapi masih melakukan kerja di HUKM. Tidak pula saya tanya dia seorang sukarelawan atau bukan.

Untung juga. Kami berkongsi bayaran teksi.

Dia dari Kajang. Saya kira dia mesti sukarelawan sebab kaum Tionghua ramai yang menjadi sukarelawan di hospital.

Kami bercakap-cakap mengenai fenomena El- Niño (Ninyo) yang sudah melanda negara kita dengan tahap kepanasan melampau.

Mulut saya pun pecah-pecah. Kesan ubat dan cuaca. Saya beli buah-buahan yang banyak, makan macam makan nasi. Air paip panas seperti “matahari”. Kalau sudah masuk ke dalam rumah, mengintai-intai sahaja ke luar. Pakaian basuhan amat cepat kering.

Rasa macam mahu beli kolam mainan macam yang saya belikan untuk anak-anak saya dulu, dan berendam di dalamnya.

Tidak mengapalah, panas atau hujan, semua itu milik Allah.

Jangan sebab panas “pijo”, sampai kita mengurangkan kain yang membalut tubuh badan kita sudahlah.

Dalam rumah, tak apa!

No comments: