Total Pageviews

Monday, June 16, 2014

Anak Si Buntal?

“Kenapa adik tak ajak kita berlakon? Tak payah bayar kepada orang lain, kan?”

Dia ketawa.

“Masalahnya abang tak boleh hafal dialog...” katanya.

Ya lah, saya sempat tengok dia berlakon dengan dialog yang hanya berbunyi, “silakan...” dan “sama-sama”.

Wataknya ketika itu ialah sebagai pekerja di sebuah restoran yang membawa hidangan yang dipesan pelanggan.

Dan selepas adegan pendek yang terpaksa diulang beberapa kali, itulah sahaja drama yang dia berlakon hahaha...

Hal berlakon dengan adik itu sebenarnya tidak mungkin terjadi, sebab adik shooting untuk subjek bahasa Jepun. Bahasa Melayu pun tak lepas, inikan pula bahasa negara matahari terbit itu!

Kasihan juga budak itu sebab kerjanya sangat banyak, dengan kertas peperiksaan yang hanya dua. Selesai kertas akhir, kena terus buat praktikal di Kota Damansara, walaupun sepatutnya praktikal bermula pertengahan Julai. Syarikat penerbitan besar dan islamik itu mungkin ada program yang memerlukan tenaga budak-budak praktikal.

Dia terpaksa pula menjaga kura-kuranya campur ikan-ikan emas saya.

Saya teringat sesuatu. Kata suami, “tahu tak dari mana asal ikan emas? Ikan emas adalah kacukan ikan kap dan ikan buntal...”

Macam biasa mukanya serius. Adakah patut ikan buntal itu bapanya si ikan emas?

“Ya. Cuba Yang tengok perut ikan emas Yang tu. Kan buncit je...”

Betul ke?

No comments: