Total Pageviews

Thursday, April 3, 2014

Sebelum Piket

Sabtu mahu balik kampung. Ahad pagi ada mesyuarat agung Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), kata saya.

OK, katanya. Tapi balik dengan siapa? Abang ada urusan di Melaka dengan Dato’ sampai Isnin.

Balik dengan adik. Adik yang memandu. Dengan kawan-kawan adik juga. Bermalam di rumah mak satu malam dan kemudian ke Kuala Kangsar. Lepas mesyuarat terus balik ke Seremban.

Hmmm...Sayang duduk di belakang?

Di depanlah. Tak mahu duduk di belakang.

Lebih baik duduk di belakang. Kalau tidak, runsing orang yang memandu. Asyik bising, bagi isyaratlah, ada keretalah, macam semua orang tak tahu memandu.

Ya lah...ya lah...nanti Yang diamlah.

Ya lah tu...nanti adik mengadu lagi ibu macam pegawai trafik.

Oh adik mengadu ya? Tak nak bagi duit saku...hahahaha...

Itu dialog pagi-pagi sebelum ke pejabat. Sebenarnya bukan adik sahaja yang runsing, kakak dan dia juga runsing kalau saya ada di sebelah. Kadang-kadang saya cuba kawal juga tetapi gagal. Padahal orang yang saya bising-bisingkan itu ialah Profesional Road Safety Trainer, walaupun dia tidak pernah mengaku akan huruf P itu. Malahan lagi, saya pernah melihat dia memandu laju dengan melakukan pusingan tiga ratus enam puluh darjah di sebuah litar. Aksi yang menyebabkan saya mahu termuntah sebab berasa ngeri.

Kadang-kadang kaki pun lenguh sebab asyik tolong membrek. Stres pemandu kalau saya ada di sebelah. Si kakak sampai merajuk-rajuk.

Nampaknya saya kena berubah sebelum mereka berhenti memandu di pertengahan jalan dan membuat piket memprotes.

Itulah akibatnya kalau selalu tidak konfiden jika orang lain memandu.

Macamlah saya ini pemandu terhebat di dunia...

No comments: