Total Pageviews

Thursday, March 6, 2014

Jalan-jalan Cari Doktor

Ke hospital lagi. Lamanya masa menanti giliran. Jam satu sepuluh minit baru nama dipanggil buat kali kedua. Yang pertama itu untuk menjawab beberapa soal selidik yang agak sensitif.

Kepada saya, ia bukanlah soalan sensitif mana pun. Menghadapi proses rawatan yang melibatkan sesuatu yang privasi menyebabkan saya sudah tidak kisah. Cuba menjawab sejujurnya sebab dapatan kajian sangat penting untuk membantu pesakit lain.

Mahu menyumbang dalam bentul materi kita tidak mampu. Mungkin jawapan kita itu dapat memberikan idea kepada pengamal-pengamal perubatan ini dalam menangani masalah pesakit.

Si adik balik menghantar telefon bimbit saya yang tertinggal di rumahnya. Tanpa kaca mata yang masih di kedai, budak itu sangat nekad untuk memandu. Mungkin untuk hari siang dia masih dapat melihat dengan jelas. Mujur tidak hujan. Kalau tidak, tentu sukar buatnya.

Jadi, budak itu ikut saya ke hospital. Dia bimbang sebab lengan saya berat. Ada rasa sakit yang sangat nyeri di lengan. Sebenarnya rumah saya ada masalah air yang gagal naik ke tangki. Di sinki sahaja ada air. saya mengangkat baldi tadahan air. Dan itulah puncanya sampai tangan kanan tidak boleh diangkat.

Senget-senget muka saya menahan sakit waktu diperiksa doktor. Enggan memberitahu sebab nanti akan disuruh ke unit fisio.

Laporan mamo belum diterima secara bertulis. Jadi Dr Siva menelefon Dr Sarah. Saya mengucap Alhamdulillah. Mengikuti perbualan mereka, rasanya tiada masalah baharu.

Dalam jemu menanti itu, saya terhibur juga dengan telatah seorang anak kecil berkerusi roda. Merempit pula dia dengan kerusi rodanya, berpusing-pusing dengan gembira. Dalam kalbu ibu bapanya, entah bagaimana rona warna. Tetapi keriangan yang dibawa budak itu seolah-olah memberikan orang dewasa sebuah harapan.

Waktu dibawa suami mencari orang yang boleh mengurut, dia berhenti di masjid. Dia masuk ke masjid meninggalkan saya. Paling ke kiri, alamak...diparkirnya betul-betul sebelah van jenazah.

Waaaaaaaaa...................maaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

No comments: