Total Pageviews

Friday, September 13, 2013

Hahahahahaha...

Saya bukan anti-dukun. Saya tahu, dukun pun macam doktor juga. Ada proses belajar, diagnosis, scanning, proses membuat kajian penyakit dan proses pengubatan.

Cuma ada sesuatu yang bermain dalam minda. Sangat nakal perasaan itu. Puas memujuk hati supaya jangan sinikal. Jangan ketawa meskipun hanya dalam hati. Tapi saya gagal.

Masyarakat kita kalau jumpa perawat, jawapannya sudah amat sinonim. Gangguan, ada beberapa ekor hantu yang mengikut, buatan orang, ada orang “hantar”...bla bla bla!

Agaknya orang kita ini tak ada kerja lain. Tiap hari mahu "membuat" orang...hahaha.

Saya juga maklum kanser ada kalanya bukan disebabkan faktor genetik atau amalan pemakanan. Kadang-kadang ia bermula dengan gangguan iblis dan perlahan-lahan menjadi penyakit “hospital”.

Mesti ada yang keliru, saya ini percaya atau tidak percaya dengan perubatan kaedah perdukunan?

Beginilah. Saya cerewet dengan sesuatu. Tidak kira berapa kali pergi haji, berapa banyak ijazah kedoktoran atau sama ada dia kaki surau atau tidak. Saya sensitif dengan perokok! Muktamad! Bagus macam mana pun, tetapi kemudiannya tatkala melihat rokok di tangan, di hadapan muka saya pula, ...speechless!

Bagaimana doktor atau perawat mahu merawat orang kalau mereka pun sedang merosakkan diri mereka sendiri? Tidak perlu sempurna tetapi sekurang-kurangnya janganlah tunjuk! Perawat yang saya jumpa ini highly-educated person. English-speaking type.

Saya pernah ke Darussyifa. Setakat ini saya memang sangat menghormati perawat-perawat di DS. Mereka tidak pernah ada aksi pelik dan meragukan. Pernah juga dibawa kakak ke rumah seorang bomoh kanser. Kaedahnya sama macam di DS. Walaupun saya tidak buat pun apa yang disuruh buat (sebab saya pergi hanya untuk melegakan hati mak), saya tahu kaedahnya adalah betul.

Pada saya, kalau mahu berubat, berubat sahajalah. Tidak perlu ada aksi menangkap sesuatu yang tidak kelihatan macam dalam filem Melayu. Dan masalahnya ialah, saya gemar ketawa! Penat saya menahan sesuatu yang menggeletek tali perut saya! Saya rasa mahu belasah saja kawan yang mencadangkan saya melakukan rawatan itu! Belasah sampai koma!

Akhirnya “terperangkap” juga. Padan muka saya. Allah sedang menegur saya. Letih kena ketawa dengan anak dan suami! Saya hanya dimaklumkan tentang ubat herba. Tidak tahu pula rupa-rupanya... Aduh!

Bagaimana bangsa kita mahu survive dari sudut rohaniah dan jasmaniahnya jika semua penyakit dikaitkan dengan something unseen? Hmm...tapi virus itu pun something unseen juga kan?

Jika betul sekali pun, usahlah terlalu taksub. Sudahlah kita ini banyak dosa, kita percaya bulat-bulat dengan ramalan perawat. Kalau dia menggunakan khidmat makhluk Allah yang lain pun, bukankah mereka juga hamba Allah yang ilmunya terbatas?

Saya tidak mahu menambah koleksi dosa dengan mempercayai sesuatu yang saya tidak tahu. Jika benar, saya maafkan. Mesti ada sebab maka orang buat sesuatu kepada kita. Apa pun yang kita rebut dalam dunia ini, semuanya akan berakhir satu waktu nanti.

Jika bukan, mohon Allah ampuni saya. Itu saja yang mampu saya kata.

Sehingga saat ini, saya belum habis ketawa!

Maaf!

No comments: