Awal pagi saya dan Dr. Wan ke UM lagi. Destinasi sama, haluan berbeza. Dr. Wan ada raptai konvokesyen di Dewan Tuanku Canselor. Saya ke perpustakaan.
Jam sembilan baru perpustakaan dibuka. Jadi, saya duduk di bangku kayu sambil menikmati bau pagi. Kereta sarat di jalan, ada siswa siswi yang berjoging juga. Berada di kampus sangat nyaman. Orang berbual dengan buku dan nota di depan.
Sungguh lama. Paling akhir saya ke perpustakaan itu ialah pada tahun 1997, saat saya mahu menyempurnakan ijazah kedua.
Dua puluh tujuh tahun lalu, waktu saya menjadi pelajarnya, bangunan ini belum ada. Bangunan perpustakaan lama, tidak silap saya berada di belakangnya, di sebelah bangunan itu adalah speaker's corner, tempat para pemimpin yang kita ada sekarang mengasah bakat berpidato.
Saya hilang jejak. Kampus sudah berubah hampir lapan puluh peratus.
Masuk ke perpustakaan, saya seperti mahu melompat. Hati sangat gembira melihat buku dan bau hapak yang menandakan ketuaan sesetengah naskah. Saya duduk bersila, melayani hati yang seperti bertemu kekasih lama. Buku-buku itu, rak-rak, tangga yang berkeriut, kesunyian yang sangat mengasyikkan...alangkah!
Dr. Wan sudah selesai raptai dan mengambil saya di bawah. Macam mahu menangis meninggalkan bangunan ini. Buku-buku itu dan bau hapak yang masih melekat dalam minda.
Kami pergi mencari kesan tapak kaki yang puluhan tahun telah kami tinggalkan. Memang tidak akan ketemu sebab bangunan Jabatan Penulisan (sekarang Pengajian Media) telah berubah lokasinya. Bangunan lama tempat kami menjadi warganya telah diambil alih oleh Fakulti Pengajian Asia Tenggara. Kami jumpa bangunan Pengajian Media. Kemudian ke bangunan lama yang banyak menyimpan kenangan.
Saya menahan air mata yang bergenang. Dr. Wan juga! Dia junior saya. Selepas saya menamatkan pengajian, Dr. Wan pula menjadi siswi. Kami tidak pernah bertemu sebab saya keluar dan dia masuk. Tetapi ada sesuatu yang kami kongsi bersama. Maha Suci Allah yang mempertemukan kami akhirnya.
Begitu lama waktu meninggalkan kita. Ada beberapa rasa yang bercampur dalam nubari. Melihat anak-anak siswa yang membawa jubah konvo, sedih dan gembira seperti ombak pasang surut.
Jika ada pun rasa terkilan ialah legasi universiti tertua itu tidak diteruskan oleh anak-anak.
Sangat letih. Tetapi hati terlalu riang.
Bertambah girang tatkala mendapat mesej daripada Puan Mahaya Mohd Yassin.
“Bukumu sedang dilukis oleh Puan Norrin di Villa Residence, Ampang hari ini dan esok. Sangat cantik jika dapat datang untuk berbincang”.
Saya tidak dapat ke sana sebab saya hanya menumpang orang. Saya yakin dengan lukisan Puan Norrin untuk buku puisi kanak-kanak pertama saya! Seronok juga mencuba genre baharu.
Jika kita tidak mampu menghentikan terjahan hujan, bergembiralah dengan mandi-manda di dalam lebatnya...bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukur menjadikan kita bahagia.
Total Pageviews
Saturday, September 28, 2013
Friday, September 27, 2013
Apabila Janji Tidak Ditepati
Seseorang menghantar mesej kepada saya.
“Yang ada sajak yang telah ditulis tentang wanita?”
Saya betul-betul mengantuk tengah hari itu tetapi mata saya buntang tatkala melihat siapa yang mengirimnya.
Barangkali dia mahu mendeklamasi sajak dalam acara yang melibatkan wanita. Saya menjawab sekadar ada kemudian terlelap sekejap. Ada beberapa mesejnya yang menyusul kemudian.
Memang ada tetapi mahu mencarinya itu yang sukar. Yang ada dalam antologi mudahlah sebab telah disusun dalam almari. Tetapi yang disiar di majalah dan akhbar, entah di mana saya simpan.
Saya jadi munafik juga. Malam, kata saya. Saya akan e-mel kepada beliau pada sebelah malam. Tetapi saya benar-benar penat. Beberapa tugasan mesti saya siapkan. Langsung saya biarkan janji itu tidak dikota.
“Ashraf kirim salam. Jumpa dia di Pokok Sena semalam...”
Oh, barangkali dia mengiringi suaminya yang hadir ke pengebumian Ustaz Azizan, mantan MB Kedah di Muassasah Darul Ulum. Allahyarham ustaz merupakan pensyarah suaminya semasa allahyarham bertugas di universiti dahulu. Dan Ashraf itu pula adalah rakan sekuliah kami semasa di UM sekitar dua puluh tujuh tahun yang lalu.
Saya memang ada nombor telefon rakan saya itu. Saya mencatatnya sebagai “DatinSriPah” tetapi atas sebab prinsip, saya tidak pernah menghubungi beliau. Sahabat baik saya itu masih sama sikapnya. Masih merendah diri. Pendek katanya, dia masih “Pah” saya!
Mak dan ayah selalu pesan, jangan mengambil kesempatan kalau kita bersahabat dengan “seseorang”. Itulah yang saya buat. Saya tidak mahu berjumpa, tidak mahu menghubungi meskipun dia sudah memberikan nombor telefonnya beberapa kali. Bertemu pun sebab sudah terserempak di sebuah festival puisi antarabangsa dan suaminya menjadi VVIP.
Teruk betul saya. Mesti dia sedih juga sedikit-sedikit. Sebab waktu bergelar siswi, kami sangat akrab. Dahulu dia bertudung labuh dan berjubah. Berbeza dengan saya.
Saya rakyat marhaen. Pakai kereta buruk, tak ada babu, tak ada pemandu. Rumah pun kecil, gaji kecil, baju tanpa jenama. Minyak naik harga sedikit pun, bajet sudah lari berbatu-batu.
Demikian orang yang pesimis merintih-rintih...hahahaha!
Dia orang baik. Meskipun sudah ada sedikit perubahan penampilan, saya percaya dia begitu sebab mahu menyesuaikan dengan kedudukan si suami dan parti yang didukungi. Dia masih sederhana. Tiada protokol keterlaluan. Tidak pakai tas tangan Birkin.
Kena ingat selalu bahawa status kita di sini tidak memberi makna apa-apa di mata Allah. Agaknya itulah yang diamalkan Si Pah. Asas agama yang dimiliki hasil tarbiah ABIM dahulu masih ada di hati.
Seperti yang saya janjikan dalam hati, saya hanya akan menghubunginya setelah dia bukan lagi isteri seorang MB!

Tuesday, September 24, 2013
Jangan Pandang Ke Langit
Budak yang seorang ini memang suka melaporkan apa sahaja yang berlaku kepadanya, hatta untuk hal yang remeh-temeh.
Yang seorang lagi pula ikut mood. Kalau hari itu cuaca hatinya bagus, dia akan membuat laporan bersiri.
Budak yang mula-mula itu memberitahu, “kakak sebilik adik ni kasihan. Bapanya meninggal waktu dia semester empat. Kemudian hujung semester lima ibunya pula. Bapanya diabetes. Ibunya meninggal sebab rindukan bapanya yang telah meninggal tu. Adik rasa sedih...”
Jadi?
“Baru adik sedar, betapa bertuahnya adik...”
Alhamdulillah.
“Doakan ibu panjang umur dan sihat semula. Supaya adik terus bertuah masih punya ibu...” saya bercanda.
Kemudian malam berikutnya dia melaporkan lagi, “Kakak sebilik adik ni diabetes juga macam allahyarham bapanya. Operation tahun lepas. Dia tunjukkan kesan pembedahan. Teruknya. Adik rasa mahu menangis. Kasihan lagi sekali”.
Bagusnya jika dalam hati kita ada rasa kasihan. Itu sebabnya jika kita tidak ada kasut baharu, pandang sahaja orang yang tidak punya kaki sepasang. Jangan selalu melihat langit yang indah tetapi kena tunduk juga melihat tanah yang kering-kontang.
Merasa tidak cukup itu baik asalkan tidak tamak haloba. Atau kepingin memiliki sesuatu yang kalau tidak ada pun tidak mengapa. Ukur baju di badan sendiri, demikian kata orang tua-tua.
Kehidupan akan selalu menguji kita. Macam kakak sebilik budak itu. Masih di universiti, kedua-dua orang tuanya meninggal. Dia pula diuji sakit. Sangat sukar jika difikir-fikirkan. Maknanya ialah jika kita rasa kita sudah sebegitu susah, masih ada orang lain yang lebih susah. Barangkali kakak sebilik itu ada wang biaya tetapi hatinya barangkali masih tidak bahagia sebab ibu ayahnya sudah tiada. Mahu dikongsi rasa luka dan gembira dengan siapa?
Seperti adik, saya pun bertuah.
Langsung saya menghubungi mak di kampung.
Saya masih ada mak. Dan alangkah bertuahnya saya sebab ada tempat untuk saya berkongsi sesuatu yang adakalanya tidak boleh diceritakan kepada orang lain.

Thursday, September 19, 2013
Ujian Aleya
Aleya dihantar ke Hospital Taiping. Kemudian pagi ini dia dibawa dengan ambulans ke Hospital Alor Setar. Usus Aleya dikatakan ada mengeluarkan air bisa.
Semalam semasa menelefon mak, mak bersastera, “dalam perut mak ada ribut!”
Hari ini barangkali dalam perut mak sudah dilanda taufan. Mak sangat susah hati. Itu pasti.
Aleya teman berbual mak selepas balik dari Tadika. Kalau pandai bodek, bukan main rajin membantu opah di dapur.
Sengaja saya tidak menelefon abangcho atau isterinya. Saya susah hati dan jika saya tahu dengan lebih lanjut, maka hati akan semakin susah. Saya hanya bertanya kepada mak akan khabar Aleya. Saya tahu kepandaian mak menapis berita.
Anak-anak saudara saya sudah ramai yang besar. Beberapa orang telah berkahwin dan punya anak. Yang kecil-kecil hanya Aleya dan Irfan yang berusia enam tahun, juga Zuhaira yang usianya tiga tahun. Hanya tiga itu sahaja yang masih kecil dan bermulut becok.
Dari jauh saya mendoakan Aleya. Moga dia cepat sembuh dan kembali ceria seperti dahulu. Kemalangan yang “sangat kecil” rupa-rupanya memberikan impak yang sangat besar.
Dan itulah pengajaran untuk kami dalam mengawasi anak-anak yang bermain basikal!

Tuesday, September 17, 2013
Montel Yang Comel
Semua orang ada keunikan yang tersendiri. Kelainan itu yang menjadikannya unik.
Kelainan-kelainan itu akan diingati selalu.
Mak suka orang yang bertubuh montel. Lagi gemuk lagi comel bagi mak. Oleh sebab itu setiap kali anak cucu berkumpul, mak gemar membilang cucu-cucu yang montel.
Mak bangga sekali menyebut anak-anak yang “berhasil” menggemukkan cucu-cucunya. Lima daripada enam anak mak ada anak yang montel kecuali kakak yang di atas saya. Anaknya lelaki, tunggal. Artis kebudayaan yang bertubuh tegap dan lengan berketul tetapi tidak gemuk.
“Kakak ada seorang, abang seorang, Yang seorang, abang cik seorang dan acu dua orang...”
Tapi, “cucu yang lain pun comel juga walaupun kurus...” demikian mak memujuk. Bimbang kalau sekalian yang kurus-kurus sekeping berkecil hati.
Ketika mak menjaga saya selepas pembedahan, kawan-kawan sejabatan datang ziarah. Bukan main suka hati mak sebab kawan-kawan saya itu comel-comel belaka di mata mak.
Selepas kawan-kawan balik, mak masih seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan saya yang comel.
Anak bongsu saya pernah tinggal dengan emak sepanjang cuti semester. Hasilnya sangat memeranjatkan ketika kami mahu menjemputnya pulang. Anak yang sedia montel semakin bertambah isi.
Kata anak, “opah masak sedap. Opah juga ajar adik masak”.
Maknanya yang tersirat ialah ibunya kurang pandai masak hehehe...
“Adik tak mahu duduk dengan opah lagi...” dia bergurau. Gurauan itu tak mungkin terjadi.
Sebab duduk dengan opah adalah satu keseronokan. Dan nasi ulam opah memang superb!

Sunday, September 15, 2013
Bukan Ibu Penyu
Sepatutnya sudah seminggu dia balik ke kampus.
“Kuliah belum mula...” katanya.
Barang-barangnya sembilan puluh peratus telah dihantar ke bilik sewa. Bagus juga dia tidak pulang. Boleh dia membantu mengangkat bagasi kakaknya yang juga kembali ke pengajian. Mereka berkonvoi ke Bangi.
Kemudian keretanya yang diparkir di UKM itu mengalami masalah. Ramai yang datang membantu tetapi gagal termasuklah auto assistant daripada Kurnia Insurance.
Biasanya kalau stereng lock, bukanlah satu masalah besar. Tetapi entah mengapa dengan kereta si adik hari itu. Akhirnya terpaksa panggil orang untuk towing. Kereta adik ditarik balik ke Seremban dengan bantuan Cik Sham dari Ilham Jati yang baik hati. Walaupun kakak menawarkan kami balik dengan keretanya, tetapi kami memilih untuk menaiki komuter.
Alhamdulillah sebab kejadian itu berlaku sebelum adik pulang ke kampus. Alhamdulillah juga sebab ada orang yang baik macam Cik Sham. Rupa-rupanya dia sudah bersedia untuk mengambil kami di Bangi sedangkan hari itu Ahad dan dia duduk di Seremban. Patutlah dia asyik bertanya, “kak balik naik apa? Saya boleh ambilkan...”
Kereta adik sudah sihat setelah seharian masuk wad. Kuncinya total ditukar. Kami pergi menjenguk kakak seminggu selepas itu sebab kakak minta dibawakan buku Speaking For Success. Melihat jadualnya, dia mengikut jejak langkah saya mengambil subjek bahasa Sepanyol. Adik mengambil bahasa Jepun. Asasnya sudah ada, rasanya mereka tidak akan menghadapi masalah besar untuk faham. Kata kakak, pensyarahnya mungkin penutur native berdasarkan gambar dan nama.
Hari ini mendung. Adik akan bergerak balik sekejap lagi. Tinggallah ibu tua menenun sepi.
Untungnya jadi manusia ialah anak-anak yang kita lahirkan akan kembali ke pangkuan kita setelah mereka dewasa. Kalau jadi anak penyu?
“Kasihan anak penyu. Kena belajar survive sebaik sahaja menetas. Kena menentang para kapitalis dalam lautan luas. Kadang-kadang sang kapitalis itu berada di langit, menjunam ke bawah membaham mereka. Ibu penyu pula meskipun anaknya begitu ramai, tidak sempat melihat mereka membesar. Pergi dan tidak kembali lagi buat selama-lamanya.”
Alhamdulillah sebab Allah jadikan saya ibu manusia. Bukannya ibu penyu!
Walaupun sedih, saya kena lambaikan tangan kepada mereka. Dengan doa yang sentiasa mengalir siang dan malam.
Tiada istilah putus asa dalam kamus seorang ibu. Itu yang saya pelajari daripada mak. Dan saya melihat bagaimana mak menghadapi hari tuanya dengan anak-anak yang begitu mengambil berat.
Ya, jika sehari tidak mendengar suara mak, hidup seperti tiada cinta.
Mudah-mudahan anak-anak saya juga begitu. Saya perlukan doa mereka untuk ke syurga.

Tuesday, September 10, 2013
Musim Juang
Hari ini budak-budak Tahun Enam menghadapi peperiksaan UPSR. Awal pagi, saya berdiri di pintu menunggu Si Era, anak jiran sebelah keluar menuju sekolah.
“Good luck, kakak. Mesti boleh!” Laung saya dari muka pintu.
Ibunya menghantar dia ke sekolah. Muka ibunya yang risau semacam. Memang begitulah resam mak-mak di mana sahaja, di kota atau di desa.
Saya yang punya anak-anak yang sudah “tua” ini pun masih begitu.
Di negara kita, peperiksaan masih menjadi matlamat akhir. Beberapa kali sudah diubah sistem tetapi mentaliti kita masih ke arah itu. Saya masih ingat, sejak kecil si adik suka bercerita tentang sistem persekolahan di Jepun.
“Ibu tak punya wang banyak. Kalau tidak, pasti ibu hantar adik ke Jepun. Tapi kalau ada rezeki, tidak akan ke mana...” saya selalu memberikannya harapan.
Ada seorang kawan punya anak autisme. Mereka nekad untuk terus menetap di Jepun demi pendidikan anak itu.
“Di sana, anak-anak OKU atau bermasalah memang ada kelas khas. Guru-guru sangat terlatih. Dengan kata lain, OKU ada tempat dalam sistem pendidikan mereka...” itu katanya. Saya tidak tahu betul atau tidak.
Tetapi bukan semua yang di luar itu bagus. Macam tempat kita juga, bukan semua yang ada di sini tidak baik.
Tidak kisahlah belajar di mana, kalau ada peluang, kita ambil. Matlamat dunia akhirat kena seimbang di dacing hidup. Tidak guna hebat konvo dari satu universiti ke satu universiti di negara asing, kalau hidup kita berakhir dengan cara paling hina di mata Allah.
Dan semua itu akan kita tingggalkan juga suatu hari nanti.

Thursday, September 5, 2013
Setelah Tiga Puluh
Jam enam setengah petang si adik memandu ke arah Lukut. Kami bertiga.
By hook or by crook saya mesti jumpa dia. Itu janji saya meskipun badan berasa sangat penat.
Anehnya, waktu bertemu dia dan rakan sejawatannya yang baik, saya seakan lupa kepenatan itu.
Tiga puluh tahun sangat lama. Saya masih kenal wajahnya jika ketemu di jalanan. Tidak banyak berubah. Fizikal? Biasalah. Kami sudah hampir lima puluh. Mana boleh disamakan dengan fizikal semasa kami remaja tujuh belas!
Dia masih cergas. Macam dulu. Orang aktif bersukan. Tentu sihat selalu. Saya selalu berasa orang sukan ini jenis manusia yang hebat. Energetik!
Banyak yang mahu dikisahkan tetapi waktunya tidak banyak. Tiga jam dan orang keliling pun ramai. Tidak boleh jadi hikayat, hanya cerpen sahaja. Cerita pendek-pendek! Sambil menghayati angin laut di PD Waterfront!
Anaknya dua, berjarak jauh. Seorang perempuan, yang tua itu sebaya si adik. Yang bongsu lelaki berusia dua belas tahun. Untungnya saya sebab anak dua orang itu sudah dewasa. Untungnya dia sebab anaknya sepasang.
Adil sekali Allah merencanakan kehidupan kita. Memberikan keberuntungan di sebalik kekurangan.
Bertanya-tanya perihal rakan, ada yang timbul dan ada yang tenggelam. Paling terluka tatkala mengetahui ada rakan yang telah meninggal dunia.
Saat mahu pamit, pelukannya erat. Dia menangis sedikit. Saya yang juga penangis berasa ajaib sekali. Saya gembira sehingga lupa bagaimana mahu menangis. Saya seakan yakin bahawa ini bukan perpisahan yang jauh. Kami akan bertemu lagi dengan keizinan-Nya.
Ya, kami pasti bertemu lagi!

Wednesday, September 4, 2013
Bisik Doa
Maka Adam dan Hawa merayu kepada Tuhan mereka, “wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” (Surah Al-A'raaf ayat 23).
Kalimah-kalimah pengakuan taubat yang diilhamkan Allah ini sangat bagus. Doa ini sangat masyhur dan menjadi amalan kita usai solat.
Doa-doa seperti ini selain daripada dibacakan dalam bahasa Al-Quran, elok jika kita bacakan terjemahannya sekali kepada anak-anak cucu kita.
Supaya akan timbul keinsafan dan rasa ngeri dalam hati kita dan mereka.
Saya teringat akan seorang ustaz yang selalu membacakan doa sama ada usai bacaan Yasin dan acara lain dalam bahasa Melayu. Saya sering membuat pemerhatian. Para pelajar akan lebih terkesan dengan doa yang difahami dalam bahasa ibundanya sendiri. Mereka lebih fokus, apa lagi jika pak ustaz membaca dengan penuh penghayatan.
Suka saya menyarankan agar ia bukan sahaja dilakukan untuk para pelajar bahkan juga untuk si tua kerepot macam kita juga.
Orang-orang Melayu khususnya sangat obses dengan doa-doa berbahasa Arab yang wajib dibaca, jangan tidak-tidak! Kalau tidak baca doa dalam bahasa itu, apa pun seakan “tidak sah”! Kalau di kampung saya lagi teruk. Doa dibaca dengan laju, langsung tidak dapat diikut biji butirnya. Imam pula satu hal, orang lain azan semuanya salah. Jangan harap orang lain dapat ganti jadi imam sebab semua orang bacaannya “salah”. Mahu tegur imam? Hahaha...jangan mimpilah. Dia sangat power!
Selepas ayah meninggal tiga belas tahun yang lalu, surau terus menjadi balu yang kesunyian.
Itulah akibatnya jika anak-anak muda yang berpengetahuan agama dinafikan untuk turut serta menyumbang atau menegur. Budak-budak itu akhirnya merajuk. Langsung mereka pergi berjemaah di markas sebuah pertubuhan politik. Ada yang merajuk tidak mahu lagi ke surau. Atau sanggup ke masjid yang jauh untuk berjemaah. Di masjid pun sama tetapi kurang sedikit kerenahnya.
Budak-budak muda itu tahu bahasa Arab. Tetapi mereka suka sekali waktu saya menyarankan agar mereka turut bacakan doa dalam bahasa Melayu untuk mak cik-mak cik, pak cik-pak cik dan anak-anak muda yang lain lebih memahami intisari doa. Kadang-kadang kita asyik menghafal doa, tetapi maknanya langsung kita tidak tahu. Apabila kita tidak tahu, mana akan datang penghayatannya?
Jangan salah faham. Bacaan doa dalam bahasa Arab itu perlu. Yang saya sarankan ialah bacakan terjemahannya sekali untuk pemahaman audien yang tidak memahami bahasa Arab.
Nah, sekarang saya mahu menjerang nasi!
Ya Allah, lembutkanlah hati kami terhadap agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi...

Tuesday, September 3, 2013
Bib MGS
Tiga puluh tahun terpisah.
1979-1983 kami sama-sama menghuni asrama di MGS Ipoh. Seingat saya, kami tidak pernah berada dalam satu dorm.
Aliran kami juga berbeza. Begitu juga kecenderungan-kecenderungan. Dia pandai main bola jaring. Tangkas di padang sampai sekarang.
Saya?
Setakat terkedek-kedek atas padang mengulit bola hoki. Kemahiran bersukan lain langsung tidak ada. Kaki bangku original!
Dia menelefon minggu lepas, mengkhabarkan kunjungannya ke PD sebab bermain bola jaring. Mahu jumpa sangat-sangat, katanya.
Walaupun minggu ini paling sibuk buat saya, tetapi saya akan tetap mencari waktu. Jarak tiga puluh tahun yang terpisah itu pasti mengubah banyak perkara. Lagipun anak-anak masih ada untuk membawa saya bertemunya. Saya tidak boleh memandu buat sementara kerana tangan saya sudah sakit sangat.
Saya memanggilnya Bib, singkatan daripada Habibah. Saya ada dua kawan baik bernama Habibah. Seorang Bib MGS dan seorang lagi Bib Clifford. Kedua-duanya bercakap loghat utara. Kedua-duanya juga peramah. Bib yang seorang lagi pun pandai main bola jaring. Agaknya kalau mahu anak pandai main bola jaring, kena namakan Habibah...
Bib menjadi guru di Kulim. Pasti sahaja dia guru yang hebat. Di kelas dan di padang.
Melihat-lihat gambar lama dan tulisannya yang memenuhi belakang gambar, saya seperti melihat tayangan filem tiga puluh tahun yang lalu. Saat kami masih remaja puteri. Tahun-tahun di mana mesin fotostat adalah satu keajaiban. Juga tahun-tahun kami baru dapat melihat warna baju yang dipakai pelakon dalam TV.
Sebut tentang TV ini saya teringat sesuatu. Zaman 70-an, TV dan radio kena ada lesen. Ada ketika-ketikanya tukang periksa lesen akan datang secara tiba-tiba untuk memeriksa lesen. Jadi, orang-orang kampung yang punya TV dan radio tetapi tidak ada lesen akan berusaha menyembunyikan radio khususnya, sama ada di dalam atau di luar rumah (kalau sempat). TV memang payahlah sebab besar, malahan ada TV yang bertingkap. Boleh dibuka dan ditutup tingkapnya.
Sekarang macam-macam sudah ada. Tiga puluh tahun itu apakah telah mengubah Bib menjadi orang lain?
Esok saya akan bertemu Bib.
Dan esok adalah jawapannya.
Saya telah berubah. Saya tahu Bib juga begitu.

Sunday, September 1, 2013
Hidupkan Semangat
Langit sangat gelap. Seperti sebuah lukisan yang penuh horror. Kilat seperti mahu menyambar orang. Kerap dan dekat. Saya mengaji perlahan-lahan, membaca apa sahaja yang tahu. Biar budak-budak itu tidak takut.
“Bayangkan kalau sudah mahu kiamat. Gambaran yang macam ini pun sudah sangat menakutkan...” kata saya.
Jam di kereta baru menunjukkan hampir angka tiga petang. Kereta bersusun membelah hujan lebat dan angin. Tasik di sebelah seperti sudah banyak menakung air, sedikit melimpah ke jalanan. Mujur kemudian jalan raya itu membukit. Jadi, tidak sempat menjadi banjir.
Memang sangat menyedihkan melihat seluruh langit menjadi begitu gelap dan murung. Suasana kelam dan benar-benar melukakan.
“Matikan telefon bimbit. Jangan pasang radio. Kalau waktu-waktu kilat yang kerap dan dekat macam ini, minimakan benda-benda yang ada frekuensi...”entah betul atau tidak apa yang saya sebut tetapi saya pasti jika menjawab panggilan dalam saat kilat sambar menyambar ini, risikonya sangat besar untuk menjadi rentung.
Dua hari ini memang agak penat. Semalam si bongsu yang memandu keretanya ke puncak. Sudah dapat bilik sewaan tetapi hari ini temu janji dengan tuan rumah. Apartmen yang berpengawal. Baru lepas ribut, maka ada beberapa pokok yang tumbang, atap pecah-pecah bertaburan di parkir, tangga dipenuhi air. Bangunan dicat kelabu. Sedih!
Hari ini rehatkan kereta budak itu di rumah. Saya pula memandu. Dan malam itu saya kesakitan, membawa ke pagi. Ada setompok kesan lebam di sendi tangan kanan. Tetapi jangan harap saya akan mengalah. Saya akan terus memandu sehingga tangan menerima keadaan itu atau menolaknya. Untuk orang yang sudah biasa berdikari dan “kurang yakin” tatkala orang lain memandu, apabila selalu menjadi penumpang sangat tidak menyeronokkan.
Kamar di tingkat empat itu master bedroom tapi bagi saya ukurannya amat kecil. Ada kamar mandi juga. Sebuah katil bujang dan katil bertingkat, untuk tiga orang sekamar. Almari hanya satu. Tidak cukup untuk bertiga. Tingkap tidak bergril. Menjenguk ke bawah, mahu copot jantungku!
“Adik duduklah dulu. Untuk satu semester kalau tidak tahan. Habiskan tahun dua kalau tahan. Tahun ketiga nanti kita cari lain. Cari rumah yang ada tanah. Cuma pakai selipar yang mengcengkam. Ibu risau tangga yang berair itu. Untuk gril, ibu sudah minta mereka pasang minggu ini...”
Dapur masak, peti ais, mesin basuh, TV dan sofa disediakan. Apartmen kecil yang diatur sewaannya untuk tujuh orang. Macam biasa, budak itu tidak banyak sungutan. Saya yang asyik berfikir bagaimana mahu mengangkut barang ke tingkat empat itu!
Beberapa hari ini saya kena buat banyak benda sebelum melakukan lawatan rutin ke hospital. Lupakan Hari Sastera Ke-16 sebab hujung minggu ini saya kena pastikan budak-budak itu safe and sound di kampus masing-masing dengan segala kelengkapan dan wang saku. Selepas itu barulah saya akan memulakan rawatan herba yang menurut kawan, sangat mujarab untuk kanser. Dan sediakan ongkos yang banyak juga! Bocor lagi beg duit nampaknya!
Sejak lepas Ramadan, budak-budak itu asyik ajak saya makan supaya “ada pipi semula”. Hasilnya memang bertambah sedikit berat badan. Walaupun tidak menyentuh daging atau makanan laut, tetapi banyak pantang yang terpaksa dilanggar. Hanya untuk menaikkan sedikit berat badan.
Yang penting ialah semangat yang masih ada. Semangat mahu terus hidup untuk menampal segala kesilapan, menabur bakti dan budi, menghulur tangan untuk membantu mereka yang jatuh, juga mengajak mereka yang pernah bersedih untuk melihat keceriaan bunga matahari.
Saya akan bersiap sedia untuk pulang ke pejabat!

Subscribe to:
Posts (Atom)