Total Pageviews

Saturday, July 13, 2013

Ikut Suka Hati Dia



Memang ikut suka hati sahaja dia mahu sebut.

“Beras Monggolia tu memang sedap. Berasnya panjang. Kalau sudah makan, memang beras yang lain rasa kurang sedap. Cubalah...” dia menunjuk arah kampit beras yang dibelinya. Sudah beberapa hari beras itu dibeli tetapi saya hanya menanak beras jenama lain daripada pengeluar yang sama.

Beras Monggolia?

“Monggolia itu tempat Altantuya. Hahaha...itu beras Moghul Basmathi”

Itu satu hal.

Kami sedang merancang mahu menukar kereta anak-anak kepada yang lebih selesa. Sudah jumpa kereta-kereta itu dan sedang menimbang-nimbang kesesuaian dengan bajet. Kereta yang dipakai si kakak sedang berada di bengkel, dibaiki dan dicat. Kereta itu akan diserahkan kepada kakak saya di Ipoh. Jadi, kena cari kereta ganti untuk si kakak, kereta yang tinggi dan sedikit “kurus”, sementara kereta yang agak besar untuk si adik sesuai dengan saiznya.

Tapi hati saya masih berbahagi rasa.

“Yang buatlah solat muzakarah malam ni...”

Hahaha...takkan baru puasa empat hari, asyik-asyik tersilap sebut?

Macam mana boleh disebutnya “muzakarah” sedangkan yang sepatutnya ialah “istikharah”?

Memang dia akan sebut sahaja apa yang dia mahu sebut.

Itulah yang uniknya dia. Dan sangat lucu.

Dan ketika menghantarnya ke muka pintu, katanya, “jangan tulis kat blog pulak ya...”

Oppsss!

No comments: