Total Pageviews

Tuesday, May 14, 2013

Mak Cik Pendek Yang Bersemangat!



“Puasa berselang-selang. Jangan tiap-tiap hari. Semalam abang balik, tengok Yang terbaring macam tu...kalau belum berupaya, jangan buat dulu. Tuhan pun tahu...” berleter pula pak cik ni!

Dia tidak tahu petang itu saya hampir pitam hehe...

Nafas saya sesak. Saya cepat-cepat duduk bersandar di dinding. Cuba untuk berdiri juga sebab saya sedang memasak untuk iftar. Bukan masak apa pun, hanya paprik sayur dan rebus ikan! Akhirnya makan sesudu dua sahaja!

Barangkali api dapur dan hangat petang menyebabkan saya jadi begitu.

Akibatnya, saya tinggalkan dapur yang bersememeh. Runsing betul. Merangkak-rangkak saya menolak-nolak periuk belanga ke tepi.

Saya masuk ke bilik air dan mandi! Sedikit lega.

“Degil!” Opps! Macam biasa saja dengar perkataan itu!

Otak saya menakal.

“Ada baki lima hari. Kena buat. Bukan mati pun kalau puasa. Kalau mati masa puasa lagi bagus. Ini sudah Rejab. Kalau sudah ke hospital setiap hari dah tidak boleh puasa lagi. Kalau meninggal, susahkan anak-anak untuk ganti...”

Eh, mukanya semacam. Mesti dia sedang menimbang-nimbang, mahu marah atau tidak mak cik pendek yang degil ini!

Nampaknya dia memang seorang lelaki yang sabar. Dia macam tahu tidak guna melayan karenah saya yang gemar mengusik hati.

Untuk tidak menyusahkan hatinya, saya puasa berselang hari. Selalunya saya OK sahaja, betullah...upaya sudah terbatas. Segala macam bahan kimia sudah meresap masuk ke dalam tubuh, menghirup segala kudrat. Para sahabat Nabi yang berjuang di medan perang dalam bulan puasa, pasti mendepani cabaran lapar dan dahaga yang sangat hebat. Apalah sangat saya yang masih muda (err...?) dan hanya duduk-duduk sahaja!

Mahu mengalah? Tidak sama sekali.

Mereka yang cepat mengalah tiada tempat dalam kehidupan ini.

Mak ajar saya begitu. Kata mak, orang pengecut sahaja yang cepat mengalah. Kalau kita mahu pegang dengan kalimah “cukuplah Allah bagiku”, pegang kuat-kuat. Cepat-cepat betulkan hati yang senget. Lembik (mak mengutuk saya hehe...) bukan bermakna lemah. Kita kena kuat semangat, tabahkan hati. Kalau orang lain boleh, apa kurangnya kita sampai tidak boleh!

Mak yang bersemangat telah melahirkan anak yang bersemangat!

Agaknya orang yang pendek-pendek memang spesis yang kuat semangat...hahaha...

Mujur saya pendek!

2 comments:

cahaya iman said...

eh, saya pun pendek jgk..tp tk cukup semangat pun..

IBU BUNGA MATAHARI said...

hehehe...kena tinggikan semangat