Total Pageviews

Wednesday, March 6, 2013

Rancangan Yang Bertukar!



Jam 2.15 petang, seorang doktor menelefon.

"Mak cik, mahu ingatkan mak cik mengenai tarikh masuk wad dan pembedahan".

Mak cik? Tiba-tiba rasa tua! Hilang selera saya mahu makan nasi hari ini!

"Pukul 7 pagi mesti daftar ya. Jangan lambat ya mak cik. Nanti kena ambil darah dan sebagainya..."

Aduh, saya baru merancang-rancang mahu mengembara dengan komuter.

"Janganlah mak cik. Janganlah naik komuter pula..."

Hahahaha...saya tergelak kuat.

Sudahlah kena panggil mak cik, siap merayu lagi jangan naik komuter. Akhirnya dia pun tergelak sama.

Petang ini saya ada kursus. Mujur sempat ikut kursus yang sangat berguna itu. Kursus i-Think.

Maknanya, esok pagi saya kena pergi dengan suami. Dia hantar saya dan kemudian dia terus ke pejabat.

Esok akan bermula sesi "pelancongan" saya.

No comments: