Total Pageviews

Thursday, February 7, 2013

Virus Halimunan


Cuti Tahun Baharu Cina.

Masuk ke dada Seremban, jalan sesak. Suami menyelit-nyelit juga dan akhirnya Maghrib, sampai di kedai komputer. Ada pesanan daripada si bongsu. Hilang lagi not-not warna ungu nampaknya!

Cuti panjang empat hari dan semuanya mahu pulang. Kereta macam semut, pelbagai saiz, warna dan jenis!

Nampaknya, cuti pun kena siapkan tugas menggubal soalan. Ada sesuatu yang berlaku terhadap soalan-soalan itu. Barangkali komputer saya sudah diserang virus sang halimunan!

Sedih dan stres sedikit. Sudah sebulan saya memerah otak. Bukan mudah merangka soalan. Dan saya pula sangat cerewet dengan perkara-perkara teknikal atau yang seumpama dengannya.

Mujur ada senior dan adik-adik yang tahu di mana mahu membuang stres. Kalau saya, tentu di toko bukulah!

Ada orang yang menangani stres dengan makan. Itu cara Ah Yan, Si Ef dan Kay Wai. Atau yang hebatnya lagi, kalau stres ada yang pergi shopping kereta! Itu pula gaya Ah Wan!

Yang shopping itu saya tak mungkin buat. Kalau setakat kereta mainan, mampulah saya.

Yang makan itu pula...aduh!

Seminggu ini berat sedikit bertambah.

Tapi saya masih berharap, mesin timbangan itu yang rosak!

Rasanya macam mahu belajar jampi saja. Mahu jampi supaya virus itu minggir. Dekat pun tidak mahu, apa lagi jika masuk menjalar-jalar dalam otak komputer. Sistem pertahanan yang berperisai nampaknya gagal menyekat kemaraan virus halimunan ini!

Sabarlah hati. Ada ganjaran buat orang-orang yang sabar.

Barangkali kalau di rumah, lebih relaks. Sambil mengunyah biji bunga matahari, boleh fikir-fikir soalan. Puas duduk di sofa, boleh mundar-mandir atau baring-baring.

Kata kuncinya?

Sabar!

No comments: